19 December 2009

Dare to hope

Sudah seminggu berlalu..
titik

Masih jelas dalam ulang tayang kotak minda perihal seorang lelaki muda. Ianya kisah hari Jumaat yang lalu. Lebih spesifik, ianya gambaran kefahaman yang sahih tentang isi cetak al-Quran al-Kareem.

Dia bukan pemuda Melayu yang biasa saya kenali. Malahan, susur galur keturunannya bernoktahkan singhSaya mengenali pemuda ini lewat Ramadhan yang lalu. Mengucap syahadah tika Ramadhan mula menjenguk, awal 6 hari. Ada pemandangan yang begitu menarik hati saya.

Tatkala azan panggilan orang mukmin berkemundang di hari Jumaat, tikamana orang-orang yang kulitnya sama warna dengan saya masih mampu berlenggang kangkong, malah ada yang masih terselit puntung di bibirnya, beliau saya lihat sungguh istimewa. Beliau berlari !!

Dan beliau berlari dengan sesungguhnya!

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Saya sempat menegurnya Rabu yang lalu. Tika kami selisih dan bersama mengayun langkah ke Majlis Jamuan Raya. Majlis yang sepatutnya bermula jam 12 akhirnya hanya bermula jam 1250.

Al maklum lah, saudara lebih faham dari saya. Justeru, kiranya anda orang yang berada di atas dalam mana-mana organisasi, maka tugas lebih berat. Contoh perlu ditunjuk dalam alam realitas. Sepanjang menunggu kami berborak rancak. Saya cuba mengorek rahsia.


“Brother, I just wondering lah… Why people don’t want come to masjid. Masjid besar, luas.. and tenang.. Bukankah, when azan kita kena stop semua kerja kita dan pergi ke masjid?”

Saya terkedu.


“Brother, I dare to hope and keep hoping that a born Muslim like me would have the level of understanding such as yours…”

Sejurus majlis bermula, kami cepat-cepat mengambil makanan. Dzuhur mengintai.


“Brother, I see you in masjid cay”


“Err..”

Saya melihat dia hanya mengambil 5 cucuk sate dan terus bergegas ke masjid. Saya masih ada beberapa potong nasi impit dan seketul ayam untuk dihabiskan. Ah, silap sendiri. Semangat dan kefahaman yang harus dicemburui. Saya melajukan kunyahan.
Saya mendo’akan agar saudara baru saya ini istiqamah. Memeluk Islam setelah mengkaji dalam dan kini berusaha memahamkan ahli keluarganya. Saya jujurnya berharap saya dan para pembaca dapat mencontohi beliau. Baru belajar tidak menjadikan beliau kurang faham dari orang yang sudah separuh abad membawa IC bercopkan Islam. Kesungguhan menterjemahkan isi Quran itu yang akhirnya menentukan timbangan akhirat kita.
Hari itu. Ianya berakhir dengan berduyun manusia sawo matang berbaris merebut nikmat sate dan lontong sedangkan rahmat Allah hanya  mampu menggiurkan satu saff manusia. Itupun boleh jadi cukup kiraan jari tangan dan kaki barangkali.  Namun, saya masih berharap dan akan terus berharap.

Wassalam,

Salam Jum’atil Mubarakah,
A.S.

0 comments: